Kumpulan Pro Anwar kebudak-budakan – PPBM

Otai Reformis kebudak-budakan – Bersatu

Otai Reformis disarankan supaya belajar untuk ‘tutup mulut’ daripada melakukan tindakan yang bersifat kebudak-budakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tariq Ismail Mustafa berkata, gesaan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan tarikh untuk berundur akan menganggu perjalanan Pakatan Harapan (PH) membangunkan negara.

Kata beliau, desakan Otai Reformis itu juga dilihat sebagai ego sesetengah orang.



“Dr. Mahathir bukan tidak tetap pendirian, beliau perlu membetulkan keadaan dan telah berkali-kali berkata akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ekonomi negara harus diutamakan berbanding keinginan mahu menguasai Putrajaya. Menetapkan tarikh di sana sini tidak menjana keyakinan komuniti perniagaan dan pelabur asing,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya akan menetapkan tarikh untuk Dr. Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Gesaan itu didakwa dilakukan kerana Pengerusi PH itu tiada pendirian tetap untuk berundur.



“Memandangkan Dr. Mahathir ding dong ding dong nak serah kepada Anwar, kami tengok pendirian beliau sekarang lain macam, sekejap mengadakan perbincangan dengan Pas, bincang dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker