AZMIN CABAR SUPAYA BELIAU DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN?

Selaku Timbalan Presiden PKR, adalah tidak munasabah untuk Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengetahui bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam mesyuaratnya pada 24 Februari 2019 telah membuat satu ketetapan bahawa “PKR berpegang teguh kepada persetujuan yang telah dicapai dan diumumkan pada 7 Januari 2018, di mana… Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh 2 tahun”.

Selaku Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan semua Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR pastilah terikat dengan ketetapan pada 24 Februari 2019 ini.

Bila Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan rasmi beliau selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan beliau “mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang menegaskan pendirian PAS dan UMNO untuk memberikan dukungan penuh kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal” yang dikatakan seiring dengan pandangan yang pernah beliau lontarkan maka pastilah ia bercanggah dengan ketetapan pada 24 Februari 2019 ini.

Membuat kenyataan rasmi yang tidak mendukung malah menentang keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pusat PKR pastilah merupakan perlanggaran kepada disiplin parti yang memungkinkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.



Soalnya sekarang ialah beranikah PKR menghadapkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Lembaga Disiplin parti?

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker