MENGAPA MAHATHIR ENGGAN BANTU AZMIN

Share


Saya ingin bertanya Dr. Mahathir, mengapa dia tidak mahu ambil Azmin masuk sahaja ke dalam parti dia Bersatu?

Azmin sedang terkontang-kanting dalam PKR sekarang.

Parti dia PKR dan Presiden parti pun sudah tidak mahu dia.

Dan untuk langgar Presiden parti iaitu Anwar, Azmin tidak ada cukup sokongan pula.

Untuk keluar PKR dan masuk parti lain selain Bersatu (e.g. Gerakan) pula penyokong-penyokongnya tidak mahu ikut dia.

Situasi politik Azmin kini dalam keadaan terdesak walaupun dia cuba menyoroknya.

Nampaknya Dr. Mahathir pun tidak mahu bantu Azmin walaupun sebenarnya Mahathir boleh sahaja jemput Azmin masuk Bersatu jika dia (Mahathir) ikhlas ingin menyelamatkan Azmin.

Dengan bantuan DAP dan PAN dan keretakan dalam PKR, Mahathir sudah cukup kuat.

Anwar tidak lagi boleh menggugatnya dan Mahathir tidak lagi perlukan Azmin.

Dia (Mahathir) hanya menggunakan
mereka berdua (Azmin dan Anwar) untuk kekal menjadi Perdana Menteri sehingga PRU-15 dan seterusnya.

Karier politik Azmin nampaknya sudah malap dan hampir terkubur.

Dan Anwar pula sampai bila-bila akan menjadi bakal Perdana Menteri.

ISHAM JALIL
29 Julai 2019



One thought on “MENGAPA MAHATHIR ENGGAN BANTU AZMIN

  • July 30, 2019 at 9:43 am
    Permalink

    M perlukan Azmin sebagai perisai dari disondol Anwar , tidak Lebih dari itu . Kini kemungkinan disondol bukan lagi Isu dan Azmin sendiri lubang kubur nya sudah siap digali . Cuma masok saje belum .

    Bila boar sudah tidak mungkin menyondol untuk waktu ter dekat Apa perlunya Perisai .

    Ini politik . Terutama politik M yang seluruh dunia pun telah arif tentang kelicikan nya .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *