Tengok parti sendiri dulu Anwar – Zahid

Tengok parti sendiri, bukannya UMNO’

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam partinya sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan terhadap parti lain.

Penegasan itu dilakukan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Anwar menyelesaikan masalah ‘retak menanti belah’ dalam PKR dan bukannya bercakap mengenai UMNO.

Menurut Ahmad Zahid, bukan sahaja PKR, malah dalam Pakatan Harapan (PH) juga berlaku kemelut antara parti komponen yang boleh diibaratkan sebagai ‘sudah terang lagi bersuluh’.



“Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP. Semua yang dilaksanakan DAP dianggap benar belaka kerana parti itu adalah tulang belakang serta rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya bagi tujuan mencapai cita-cita politik beliau.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula tidak pernah mengamalkan perkauman. Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti sebelum ini. Ia terbukti ketika BN menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan yang kerjasama UMNO dan Pas turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, hanya ‘kacang yang melupakan kulit’ sahaja yang akan menganggap UMNO sebagai parti perkauman. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker