Mukhriz menghina Tabung Dana Umno dengan mengaitkan amalan PAS.

UMNO beri gambaran tiada duit

UMNO cuba memberi gambaran kepada seluruh rakyat bahawa kononnya parti itu ketiadaan sumber kewangan apabila bakal melancarkan tabung bagi mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara sinis berkata, sebaliknya UMNO masih mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Pada masa sama beliau yang juga Menteri Besar memberitahu, pelancaran tabung itu juga menunjukkan bahawa UMNO masih mempercayai bahawa dengan wang boleh membeli sokongan rakyat.

“Dia (UMNO) hendak memberi gambaran seolah-olah mereka tak ada duit tapi saya ingat banyak lagi kot, lebih daripada apa yang kita (Pakatan Harapan) ada. Agaknya inilah yang mereka pelajari daripada Pas (mengutip derma),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2019 dan Minggu Keusahawanan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi zon Utara di Taman Jubli Emas di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md Ramli.

Mukhriz diminta mengulas langkah UMNO yang akan melancarkan tabung bagi mengumpul dana dalam masa terdekat di seluruh negara sebagai persiapan parti terbesar Melayu itu untuk menghadapi PRU-15.

Dalam pada itu diminta mengulas mengenai penularan mesej di media-media sosial hari ini yang menyatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 20 Ahli Parlimen PKR akan menyertai Bersatu, Mukhriz berkata, beliau tidak mendengar berita mengenai perkara tersebut.

Beliau juga menyatakan tiada penerimaan permohonan daripada individu berkenaan, perjumpaan mahu pun dihubungi mana-mana pihak. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker