Kedudukan teks ‘Truly Asia’ dalam logo dikritik

Logo kempen Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan semalam mendapat kritikan warga maya berikutan perkataan ‘Truly Asia’ yang dianggap berada pada kedudukan tidak sesuai.

Seorang pemilik akaun Twitter, Elida Bustaman yang memuat naik status dalam laman akaun media sosialnya berkenaan perkara itu menerima maklum balas sama daripada warga maya yang memberi komen kepada status tersebut.

“Saya nak support (sokong) tapi ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020’ itu triggers my inner grammar Nazi (mencetuskan sisi ‘Nazi’ tatabahasa saya.).

“Who else is bothered by the weird text placement? (Siapa lagi yang terganggu oleh peletakan teks yang pelik?)” katanya.



Status itu telah menerima 830 ulang kicau dan 1,075 tanda suka setakat ini.

Rata-rata pengguna Twitter lain yang memberi komen kepada status itu bersetuju dengan status tersebut.

Ramai berpendapat teks tersebut sepatutnya ‘Visit Malaysia Truly Asia’, bukan seperti yang terletak dalam logo tersebut yang menyebut ‘Visit Truly Asia Malaysia’. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker