Perbezaan antara kes seks Anwar dan Azmin bagi Dr Mahathir.

Tun M tak sanggup diperalatkan untuk singkir Azmin

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak sanggup diperalatkan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan penularan video intim yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Dr. Mahathir berkata, beliau percaya video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu dibuat dan ditular untuk tujuan politik khususnya menghalang kejayaan politik beliau.

“Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar. Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa. Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.

“Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

“Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc.

Tambah Dr. Mahathir, masalah itu akan ditangani sebagai masalah politik.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Komen : Kenapa kalau dulu semasa kes Anwar, Dr Mahathir tidak menganggapnya isu politik bukan isu moral ? Adakah dulu Dr Mahathir benarkan dirinya diperalatkan ? Adakah agama Dr Mahathir tidak melarangnya semasa kes Anwar dulu ?

Related Articles

One Comment

  1. dulu madey belum lagi ada cucu seorang gay seperti sekarang maka dulu madey tak dengar dan tak tahu pun tentang kesedapan buat hubungan seks sejenis(bahasa kasar ‘main lubang taik’)…dulu madey tak suka dengar apatah lagi nak terpengaruh kata2 orang kafir tentang ‘liberalisme'(antaranya tentang kenapa perlu bersikap lembut tidak lagi keras terhadap kesongsangan golongan lgbt)

    sekarang ini madey bersekutu dengar kata2 orang kafir lebih2 lagi kafir harbi seperti lim kit siang dari dap…madey sampai ikut & buat saranan kafir harbi tersebut supaya ditubuhkan ‘sebuah parti politik baru yang memperalat orang melayu’ untuk menjatuhkan UMNO…apakah madey telah menjadi seperti mat sabu yang kata dia sanggup makan babi dengan lim guan eng dari makan ayam dengan Najib?

    disebabkan ini maka tidak hairan kenapa sekarang madey rasa tidak berdosa & tidak perlu pecat seorang peliwat beragama Islam dari terus menjadi pemimpin kalau dulunya dia kata rasa berdosa kalau tak pecat anwar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker