Video seks: PDRM tidak akan lindungi sesiapa – KPN

????????????????????????????????????
KUALA LUMPUR 18 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi kepentingan mana-mana pihak dalam isu video lucah yang dikaitkan dengan seorang ahli politik.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan, siasatan polis sentiasa berpaksikan kepada ketelusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang bersifat adil tanpa melindungi pihak tertentu.

“Kita sedar wujud tekanan yang mahu siasatan kes disegerakan malah ada yang mendesak untuk diberikan tempoh masa selesaikan kes… tidak semudah itu untuk disiasat dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

“Orang ramai perlu faham, bila kertas siasatan lengkap, ia akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Masanya akan tiba,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bicara Politikonomi yang disiarkan RTM melalui TV1, malam tadi.

Dalam pada itu, Abdul Hamid ketika diminta mengulas mengenai ketulenan video itu berkata, PDRM tidak diberi kuasa undang-undang untuk mengesahkan ketulenan video atau identiti pelaku.

“Itu bukan tanggungjawab polis, kita ada SOP dalam jalankan siasatan.

“Sebarang bukti akan jadi subjek dalam perbicaraan sekiranya ia dibawa ke mahkamah. Saya tidak boleh memandai-mandai dalam perkara itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker