Ubati stres dengan solat

Share


BUKAN sahaja memudaratkan kesihatan, malah stres jika tidak ditangani dengan betul boleh mendorong seseorang itu bertindak luar batasan akal fikiran seperti membunuh diri atau terjebak ke kancah maksiat.
Pedoman

Justeru, umat Islam disarankan untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta iaitu Allah SWT bagi memohon bantuan supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran.

Menerusi ibadah, dapat menimbulkan rasa didengari, dibela, dibantu dan disayangi oleh Allah, sekali gus menghilangkan segala kekusutan yang membendung diri ini.

Dalam Islam, digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan ibadah-ibadah lain sebagai jalan keluar daripada tekanan hidup.

Solat merupakan suatu kerehatan dalam jiwa di mana seseorang yang beriman dapat merayu, mengadu, merintih dan mengharap kepada Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar.

Iman dan solat hakikatnya penghantar hati manusia supaya dekat kepada Allah dan mendapat ketenangan hakiki dan sejati sebagaimana firman Allah maksudnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d: 28)

SUMBER buku Semuanya soal hati


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *