Azeez cabar k’jaan tubuhkan RCI Tabung Haji

Share

Anggota Parlimen BN, Abdul Azzez Abdul Rahim mencabar kerajaan Pakatan Harapan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menentukan status kewangan Lembaga Tabung Haji.

Abdul Azeez (BN-Baling) yang juga bekas pengerusi Tabung Haji berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof hanya memberi jawapan politik dan bukannya fakta mengenai lembaga itu.

“Bagi saya jawab, saya tolong jawabkan. Saya tahu, menteri jawab tanpa fakta, saya minta bagi peluang kepada saya, ini tidak adil, menteri tak berani buat PAC, RCI, menteri takut.


“Tak adil bagi saya, sebagai bekas (pengerusi) Tabung haji,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Azeez meminta Dewan Rakyat membenarkan beliau bertanya soalan tambahan selepas Mujahid berkata masalah yang berlaku dalam Tabung Haji diwarisi dari kerajaan sebelumnya.

Bagaimanapun permintaannya diabaikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.


Terdahulu Mujahid berkata rakyat tidak bimbang tentang bagaimana dana itu diuruskan.

“Sepanjang maklumat saya, rakyat di bawah tak resah. Yang resah ialah opposition yang memanipulasi.

“Kita ada fakta, yang memanipulasi bukan kerajaan, yang buat kreatif perakaunan pun bukan kerajaan hari ni. All (semua) ni kami warisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya.


Mujahid mengulas dakwaan Annuar Musa (BN-Ketereh) bahawa rakyat bimbang tentang Tabung Haji kerana terdapat trend untuk memanipulasi dan menggunakan perakaunan kreatif terhadap lembaga itu.

Mkini

Leave a Reply