AHLI PARLIMEN DAP LABIS DUA KALI BIADAB, PERTANYAAN BELIAU DI PARLIMEN SEPATUTNYA DITOLAK AWAL-AWAL LAGI

Share

1. Tindakan Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, mempersoalkan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” yang digunakan oleh Tunku Mahkota Johor dan Sultanah Johor telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan mempersoalkan mengapa kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu berada di atas jalan raya jika nombor plat itu tidak didaftarkan merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh dikompromi kerana ia adalah cubaan untuk “melanggar” atau “memalukan” Sultan Johor khasnya dan Raja-Raja Melayu amnya.

2. Jelas dapat dilihat dalam kandungan soalan ini bahawa Ahli Parlimen DAP Labis ini mempunyai sangkaan jahat terhadap pemilik nombor plat “TMJ” dan “RZ” bahawa mereka mungkin tidak mendaftarkannya dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan mereka mungkin melanggar undang-undang dengan menggunakan kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat yang mungkin tidak didaftarkan.

3. Parlimen adalah institusi penggubalan undang-undang tertinggi negara yang sepatutnya digunakan untuk membincangkan pelbagai soal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara serta tidak sewajarnya disalahgunakan untuk membicarakan perkara-perkara dangkal atau remeh seperti sama ada nombor plat tertentu telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.


4. Bukannya tidak boleh diselidiki mengenai perkara begini jika ia melibatkan kerugian kepada hasil negara, tetapi tidak perlulah soalan begini ditanyakan di Parlimen kerana sudah memadai ia diselidiki secara tertutup kerana sangkaan jahat terhadap mana-mana individu begini tidak sepatutnya dibuat di Parlimen, apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Raja-Raja Melayu yang menjadi tempat tumpah setia rakyat.

5. Sebab itulah soalan ini sepatutnya ditolak awal-awal lagi kerana ia bercanggah dengan panduan yang digariskan oleh Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (“Standing Orders of the Dewan Rakyat”), khususnya kerana ia:
(i) “Mengandungi hujah, sangkaan, fikiran, tohmah, puji atau keji atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh” (“contain argument, interference, opinion, imputation, epithet or misleading, ironical or offensive expression or is frivolous or seeks information on trivial matters”).
(ii) “Menuduh atau membayangkan tuduhan terhadap sifat diri seseorang” (“making or implying a charge of a personal character”).

6. Lebih teruk lagi adalah kerana baru sahaja pada 16 Mei lalu Sultan Johor menzahirkan kemurkaan Baginda kepada Ahli Parlimen DAP Labis ini kerana:
(i) Mencabul kesucian masjid dan sekaligus menggugat kedudukan Islam sebagai agama Negeri Johor Darul Ta’zim.
(ii) Melanggar sempadan yang telah Baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor gariskan sebelum ini.
(iii) Tidak sensitif terhadap undang-undang, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
(iv) Mengguris perasaan umat Islam terutama di dalam bulan Ramadan yang mulia.
(v) Bertindak biadab dan tidak beretika yang tidak boleh diterima sama sekali.


7. Di sebalik memohon maaf kerana mendatangkan kemurkaan Sultan Johor, Ahli Parlimen DAP Labis ini dilihat cuba pula “melanggar” atau “memalukan” Baginda dengan melemparkan sangkaan jahat terhadap ahli keluarga Baginda melalui soalan yang dikemukakan di Parlimen.

8. Dua kali biadab nampaknya Ahli Parlimen DAP Labis ini.

Dr. Kamarul Yusoff


One thought on “AHLI PARLIMEN DAP LABIS DUA KALI BIADAB, PERTANYAAN BELIAU DI PARLIMEN SEPATUTNYA DITOLAK AWAL-AWAL LAGI

  • July 1, 2019 at 17:54
    Permalink

    Inilah bangsa pukimak dan haram jadah.. Dulu bangsa ni datang ke tanah melayu macam bangla dan nepal datang ke malaysia. Cuma bangsa mata sepet ni bernasib baik dapat kerayatan. Bila dah dapat warganegara berlagak lah pulak. Mcm negara ni bapa dia yang punya.. Ini lah bangsa cina d4p laknatullah…

    Reply

Leave a Reply