Pecat Haziq Abdullah dari PKR – Zuraida

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan pengakuannnya terlibat dalam video seks.

Zuraida berkata, lelaki itu perlu dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti berikutan membuat pengakuan secara terbuka.

Sehubungan itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau akan mencadangkan supaya Haziq Abdullah dipecat dari parti dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, petang ini.

“Saya mahu tekankan, perkara asas yang pada prinsipnya tindakan PKR kurang bijak apabila dia (Haziq) sudah mengaku kesalahan secara terbuka.



“Kelakuan (seks) luar tabie adalah jenayah dalam negara, sepatutnya dia dipecat kerana memalukan serta mencemar nama baik parti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Aplikasi Mobil i-Gadaian dan Sambutan Hari Raya kementerian di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dijangka akan dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 5.30 petang ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker