Nurul Shuhada balas surat terbuka Hafidz

Nurul Shuhada balas surat terbuka Hafidz

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mempertahankan tindakan bersuara dalam media sosial atas kemelut rumah tangga dihadapi berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.

Melalui kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram (IG) hari ini, Nurul Shuhada antara lain, tidak menafikan dalam perkahwinan ada kelemahan.



Bagaimanapun, Nurul Shuhada mendakwa, dia sudah memberi yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga.

“Benarlah bagai kata Hafidz bahawa dalam perkahwinan, ada kelemahan masing-masing. Harmoninya rumah tangga itu jika sama-sama kita sebagai pasangan melengkapi antara satu sama yang lain.

“Saya sudah cuba sehabis baik. Sejak mula berkahwin, saya sudah melupakan masa depan saya untuk sambung belajar walaupun peluang sudah diberi.

“Saya sudah memutuskan untuk memberi perhatian menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Saya menjadi isteri Hafidz yang sentiasa menyokongnya dalam karier walaupun kadang kala sejak perkahwinan kami diuji dengan pelbagai ujian.



“Saya berdiam diri… Masih tetap setia saya bersama. Namun, baru-baru ini, saya sudah diuji dengan ujian yang sangat berat.

“Ujian yang bukan mudah untuk kami wanita hadapi. Ujian yang bakal mengubah kehidupan saya dan anak-anak. Bukan mudah berada dalam situasi ini. Bukan semua juga dapat menghadapinya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya,” dakwanya melalui kenyataan dimuat naik di IG.

Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.



“Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini, kenyataan yang saya muat naik dalam media sosial tanpa mengetahui mengenai kedudukan undang-undang.

“Selepas berlaku insiden pada 2 Mac lalu yang masih dalam siasatan polis, saya sudah mendapatkan nasihat undang-undang.

“Atas nasihat peguam saya, saya tidak akan mengupas lanjut mengenai kenyataannya satu persatu. Segala tindakan selepas ini akan melalui saluran undang-undang termasuk tuntutan sivil.

“Cuma saya memuat naik kenyataan ini kerana demi melindungi saya dan anak-anak saya,” katanya.



Terdahulu, Hafidz memberi tempoh 48 jam Nurul Shuhada dan pihak berkaitan membuat permohonan maaf serta menarik balik sebarang penerbitan umum termasuk foto keluarga yang berkait dengan isu rumah tangganya.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan dakwaan isu curang. BH

Nurul Shuhada balas surat terbuka Hafidz

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker