Penjualan Hotel Royale Chulan : Mat sabu mahu nafi apa lagi ?

Share

Mat Sabu tetap tidak mahu mengalah dalam isu penjualan Hotel Royale Chulan 4 bintang di lokasi segitiga emas ibukota milik LTAT melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang murah.

Apabila saya membuktikan wang deposit RM3.94 juta telah diterima oleh pihak Boustead, pihak Mat Sabu jawab:

“Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal,”

Apabila saya dedahkan pengumuman pembeli dari Singapura mengenai pembelian hotel ini telah dibuat dan diluluskan oleh Bursa Saham Singapura, pihak Mat Sabu jawab:

“Pengumuman kepada Bursa Saham Singapura adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka.”

Alangkah banyaknya masa dan wang kerajaan PH dan syarikat Singapura ini untuk dibazirkan bagi mengupah peguam-peguam, membuat perjanjian, membayar deposit,mengumum kepada Bursa Saham jika langsung tidak ada niat untuk menjual Hotel ini pada harga murah kepada syarikat Singapura.

Kerajaan PH suka membuat kerja sia-sia main-main jual harta beratus juta ke?

Maka terbukti sahih-lah segala yang saya dedahkan sebelum ini.

Lepas tu, mereka kata saya hidup dalam kayangan pulak.

Sehingga kini, penjualan ini masih diteruskan dan tidak dibatal.

Jika dibatalkan nanti pun, agaknya mereka akan batal atau tidak kalau saya tidak mendedahkan isu ini?

NAJIB RAZAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *