Al – Maunah : Anwar seolah-olah tahu sesuatu

HAMPIR satu jam sidang akhbar pengumuman calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berlangsung semalam, ya lah.. umum calon, kriteria pemilihan, strategi, keyakinan dan kaedah berkempen.

Namun, dalam sesi soal jawab bagi peluang bertanyakan soalan lain selain isu yang dibawakan, seorang pemberita bertanyakan mengenai tragedi Al-Maunah yang pernah berlaku pada tahun 2000 di Bukit Jenalik, Sauk, Perak.

Ikut logik akal kenapa wartawan itu bertanyakan peristiwa yang sudah hampir 19 tahun berlalu? Tetapi apa yang menariknya adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu cepat menangkap memori bersama banduan Al-Maunah kerana beliau sendiri pernah berselisih dengan mereka semasa dipenjarakan di Sungai Buloh.

Siapa tidak sedih kalau keluarga perlu menerima hakikat bahawa salah seorang ahli mereka dihukum penjara sepanjang hayat yang paling kurang mungkin 20 ke 30 tahun hukuman.

Itu juga dimaklumkan sudah seorang meninggal dunia di dalam sel kerana masalah kesihatan. Keluarga banduan ada berasal dari Kelantan, Kedah dan Lembah Klang.

Bagi penghuni tirai besi yang mengaku bersalah mereka sudah menerima hukuman penjara selama 10 tahun dan sudah lama dibebaskan.

Namun, bagi mereka yang tidak mengaku bersalah masih menghitung hari, menunggu detik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut peguam yang enggan dikenali berkata, pelbagai ikhtiar dan usaha dengan mengemukakan permohonan rayuan kepada pihak berwajib, namun, masih belum mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Benar, kita semua pendosa dan tidak lari daripada melakukan kesalahan. Hukuman di dunia sudah diterima hatta ada yang dua dekad membesar dalam sel penjara.

Cuma, benarkah wujud dakwaan kononnya ‘Al-Maunah’ dirancang ‘individu berpengaruh’ suatu ketika dahulu? Sebabnya Anwar seolah-olah memberi gambaran seperti ‘tahu’ sesuatu di dalam sidang akhbar semalam. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker