Tok Mat Tak Kata Punca Utama Kalah Sebab Bongkak

Semalam, dalam temuramah secara langsung dengan sebuah akhbar di Facebook, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) ditanya, antara lain tentang banyak perkara punca yang membawa kepada kekalahan UMNO.

Tok Mat menjawab beberapa kali punca kekalahan BN/UMNO dalam PRU14 adalah kerana penipuan mega parti lawan, tentang janji hapus sana, janji hapus sini, murah itu dan murah ini, sekali tentang 1MDB, faktor pemimpin serta beberapa faktor lain.  Di hujung bahagian kedua itulah ada disebut pasal bongkak.

Tapi itu jugalah yang dijadikan tajuk muka depan hari ini.  Nampak disitu, dalam banyak benda yang berubah, strategi melariskan jualan seperti ini, masih macam itu.

Penyudahnya, dari tajuk itu saja kelihatan seolah-olah bahawa keseluruhan temuramah semalam (bagi yang tidak begitu peduli untuk mendengar/membaca keseluruhan), ialah tentang Tok Mat menghentam kepimpinan UMNO dahulu dan bagaimana beliau – seorang diri, boleh menyelesaikan semua masalah itu hari ini.



Bukan itu pun kesnya.

Dari sumber yang tahu, Tok Mat bukanlah seorang yang suka berkonfrantasi.  Seperti dalam temuramah itu, dalam menyisihkan dakwaan lawan mengenai semua buruk mengenai UMNO pun, Tok Mat memilih pendekatan lembut – dengan menyindir (“nak tanya baik orang, tanya kawan, nak tanya buruk kawan, tanya lawan – Tan Sri tanya pihak lawan, itu sebab jawapanya macam itu”).

Begitu juga ketika menyindir pemimpin UMNO yang melompat masuk parti lawan hanya selepas 6 bulan UMNO/BN kalah, pun begitu juga, menyindir (“macam ikan sembilang kena karbait”).

Justeru, tidak ada logiknya Tok Mat melakukan seperti apa yang cuba digambarkan dari tajuk tersebut, tak logik sama sekali.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker