Biar Parti Tentukan Kedudukan Zahid

Share


Banyak pulak bunyi netizen netizen (dipercayai penyokong parti lawan yang frust sebab kalah PRK Cameron Highlands) ni semua bila ada berita mengatakan Datuk Seri Zahid Hamidi akan kembali semula berpolitik setelah rehat tak beberapa lama.

Macamlah Zahid ni menang jawatan Presiden UMNO dulu atas sebab dilantik oleh sebilangan orang, padahal beliau dipilih oleh ahli-ahli parti melalui proses yang sewajarnya dibawah perlembagaan UMNO.

Sudah tentu dalam tempoh ‘berehatnya’ tu, bukan Zahid duduk-duduk saja tapi tetap menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada beliau sebagai Presiden UMNO, cuma dibelakang tabir.  Sekarang bila nak berada di depan, apa masalahnya pulak?

Apa sekalipun, Zahid nak kembali aktif semula, itu adalah keputusan beliau sendiri.  Lebih dari itu – nak resign, atau terus berehat, biarlah ahli-ahli dan perlembagaan parti menentukan masa depan beliau nanti macam mana.  Yang takde kaitan nak memekak buat apa?

Lepas menang di PRK Cameron Highlands hari tu dan Insya Allah akan menang di PRK DUN Rantau dan DUN Semenyih tidak lama lagi, UMNO dan BN nampak telah pulih dan bersedia untuk mengambil semula pentadbiran negara ini dari tangan penipu-penipu rakyat dok ada hari ini.

Buat masa sekarang, itulah yang terpenting sekali, membebaskan rakyat dari segala penipuan mega dalam PRU14 yang lepas.

Gila apa menang sebab menipu rakyat?  Satu dua tu mungkinlah, ini hampir kesemuanya – bercakap tentang janji 100 hari pertama.  Ini semua perlu berakhir dan buat masa ini, hanya UMNO/BN yang diterajui Zahid (bersama-sama dengan PAS) saja yang nampak layak memimpin ke arah itu.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *