Adakah bujang, OKU tidak perlu bayaran BSH? – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan keputusan kerajaan yang menetapkan beberapa kategori yang tidak layak menerima bayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Menurut tangkap layar yang dimuat naik oleh Najib dalam laman Facebook beliau hari ini, kategori pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran fasa pertama BSH 2019 ialah berkahwin (pasangan bukan warganegara Malaysia), bujang atau ibu bapa tunggal tiada tanggungan atau bujang yang mempunyai tanggungan.

“Tidak semua orang berkahwin. Ramai bujang. Ramai yang hidup miskin dan susah. Ramai yang kerja berpendapatan tidak tetap. Ada juga yang orang kurang upaya (OKU).

“Apa, mereka tidak perlukan bantuan? Hidup bawah Pakatan Harapan tidak sama seperti dulu lagi. Bukalah mata, tengoklah bagaimana kehidupan rakyat semua. Jangan hanya selesa hari-hari di Putrajaya,” katanya dalam akaun media sosial miliknya itu.

BSH merupakan penjenamaan semula inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan semasa pentadbiran Najib.

Di bawah BR1M, individu bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga berhak mendapat bantuan sebanyak RM450. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker