PRK C. Highlands: UMNO Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah, Rakyat? Itu Yg Tak Patut

Kekalahan UMNO/BN – majoriti besarnya dari janji-janji palsu yang ditaburkan pihak lawan dalam PRU14, memang memberi kesan yang besar kepada kelangsungan parti tersebut.  Majoriti rakyat mengundi pembangkang kerana percayakan janji 100 hari pertama yang hampir kesemuanya menyentuh kos hidup seharian mereka.

Tapi dari segi politiknya, menabur janji tipu dan palsu ini adalah lumrah dalam dunia politik di seluruh dunia (walaupun pertama kali berlaku di negara kita).  Justeru, UMNO sebagai sebuah organisasi politik perlu menerima hakikat itu – kalah kerana janji tipu.

Yang tak patutnya sekarang ialah bila rakyat yang terpaksa menerima kesan dari janji palsu itu.

Sebahagian besar rakyat kita tidak hidup dengan politik.  Sesetengah mungkin ambil port pasal politik setiap kali pilihanraya saja, lain dari itu, ada duit takde duit, adalah atas mereka sendiri macam mana.

Jadi bila kos kehidupan rakyat dijadikan bahan kempen untuk mendapatkan sokongan, janji macam-macam tapi bila menang majoriti besar tak berjalan, rakyat patut guna semua peluang yang ada mengikut amalan demokrasi negara kita untuk menunjukkan bantahan.

Seperti dalam PRK Cameron Highland yang kempennya sedang berlangsung sekarang.

Inilah masanya rakyat menunjukkan kesatuan dengan menolak pihak yang gagal melaksanakan manifesto pilihanraya mereka dengan macam-macam alasan dan menghantar seorang ahli parlimen yang mampu membela nasib rakyat dengan menuntut semua janji yang ditaburkan dulu.

Itu yang kena undi BN tu.  Undi yang satu lagi tu, apa yang diharapkan (dalam soal menuntut semua janji PRU yang ditaburkan)?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker