UMNO saman Mas Ermieyati, Noor Azmi

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan parti itu telah menyaman dua bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari UMNO kerana meninggalkan parti itu.

Menurutnya, mereka ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

“Dua bekas ahli, peguam kita sudah hantar writ saman iaitu Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan seorang lagi Ahli Parlimen Bagan Serai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program makan malam santai dengan belia bersama calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor, di sini hari ini.

Noor Azmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 28 November lalu manakala Mas Ermieyati yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO juga menyertai Bersatu pada pada 13 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker