Politik Berkenaan Pengaruh

oleh Ab Jalil Backer

Ada sebahagian kita marah apabila ada ura-ura wakil rakyat yang keluar parti hendak kembali. Kita telah kalah, kita telah hilang kekuatan tapi kita belum buang ego kita.

Dalam keadaan parti kita tiada kuasa, kita masih berperangai macam kita berkuasa.

Politik adalah berkaitan idea perjuangan, pengaruh dan kuasa.



Jika kamu ada perjuangan tetapi tiada pengaruh maka bagaimana kamu hendak meneruskan perjuangan?

Parti politik perlu melebarkan pengaruh untuk berkuasa. Ini yang dibuat oleh DAP dan PKR. Mereka menerima sesiapa sahaja yang sanggup “suscribe” dalam perjuangan mereka walaupun orang tersebut adalah musuh nombor satu mereka.

Mengapa Anwar dan Lim Guan Eng sanggup terima Mahathir yang memenjarakan mereka? Kerana Mahathir ada pengaruh ke atas orang Melayu.

Jadi sangatlah tidak masuk akal dalam keadaan parti tidak lagi berkuasa ada orang UMNO mendesak supaya jangan terima kemasukan semula mana-mana ahli Parlimen.



Politik demokrasi adalah berkenaan nombor. Jika kamu ada ramai ahli Parlimen maka kamu akan jadi kuat dan tegap. Jika kamu hanya ada beberapa Ahli Parlimen maka kamu akan jadi seperti bola sahaja.

Usahlah bersikap “holier-than-thou” sangat. Orang murtad pun dibenarkan kembali memeluk Islam, apalah sangat keluar parti.

Janganlah ejek-ejek dan menyindir mereka yang mahu bersama UMNO hatta apa sahaja kesalahan mereka yang lalu.

Berlapang dada kerana ada yang mahu kembali. Malah wajar mengadakan sujud syukur dan meraikan kawan-kawan yang menemui jalan pulang.



Jika kita tidak belajar memaafkan sesama manusia, apatah lagi satu bangsa dan agama, sampai bila pun kita tidak akan menang lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker