#P078CH : Elaun Sukarelawan DAP

oleh Ab Jalil Backer

Syahredzan Johan, setiausaha politik Lim Kit Siang, menulis bahawa pemberian elaun pengangkutan kepada sukarelawan tidak salah kerana perbelanjaan mereka menghadiri majlis penamaan calon itu akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen sebanyak RM200 ribu.

Ini merupakan alasan “afterthought” yang direka bagi menghalalkan pemberian tersebut.

Berdasarkan gambar-gambar yang tersebar pemberian tersebut adalah secara langsung tanpa menandatangani apa-apa baucer pembayaran.



Jika tiada baucer pembayaran bagaimana ia akan diisytiharkan dalam perbelanjaan rasmi calon pilihan raya?

Ini jelas satu penyelewengan dalam pilihan raya. Semua benda hendak kencing? ?

Pemberian ‘wang minyak’ untuk dorong raih undi satu kesalahan

Sebarang pemberian dalam bentuk wang tunai mahu pun ganjaran termasuk wang minyak yang diberikan kepada pengundi dengan niat untuk mendapatkan undi adalah kesalahan yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.



Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata Seksyen 10, akta berkenaan menjelaskan secara spesifik bentuk sogokan bagi membeli undi.

Katanya, sembilan kesalahan sogokan berdasarkan seksyen itu termasuk pemberian ‘wang minyak’ yang boleh mendorong mendapatkan undi.

“Dalam kes Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, ada gambar menunjukkan wujud pemberian wang yang didakwa calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran sebagai bayaran untuk sukarelawan parti.

“Persoalannya, adakah sukarelawan itu pengundi. Jika sukarelawan itu pengundi, maka ia menyalahi akta berkenaan dan aduan boleh dibuat kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya, polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada BH mengulas mengenai politik wang dan wang politik berikutan penyebaran gambar pemberian wang oleh petugas kempen calon PH di Cameron Highlands, baru-baru ini.



Isnin lalu, Manogaran dilaporkan berkata, isu pemberian wang kepada sukarelawan oleh individu yang dipercayai petugas PH bukanlah satu masalah besar kerana tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, pemberian wang itu dikira sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen pilihan raya.

Wan Ahmad menjelaskan, kebiasaannya memang parti politik dalam PRK mahu pun Pilihan Raya Umum (PRU) akan membayar petugas mereka.

Namun, katanya, dalam kes ini bagaimana untuk membuktikan wang yang diberikan itu termasuk dalam kos petugas kerana biasanya petugas adalah orang tempatan yang juga pengundi di kawasan berkenaan.



Sementara itu, Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata tafsiran bagi politik wang dan wang politik untuk PRK Cameron Highlands sukar untuk ditafsirkan.

Katanya, tafsiran untuk politik wang dan wang politik ini perlu dirujuk kembali kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sama ada pemberian wang kepada petugas kempen itu boleh dikira sebagai sogokan atau memberi maksud yang lain.

Sumber BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker