Tak Banyak Dapat Kerusi Agaknya..

Era 80-an dan 90-an dulu, bukan rahsia kalau berlaku satu keadaan dimana wujud perbezaan antara tempat yang menyokong dengan tempat yang tak menyokong, terutama dari segi infrastruktur asas rakyat.

Contoh macam yang selalu diperkatakan berlaku di Kedah dulu, dimana kalau tengah elok memandu dengan lancar, tiba-tiba masuk ke jalan yang tidak diselengara dengan baik, nombor satu yang akan terpacul dulu ialah, “Ha ni mesti dah masuk kawasan yang parti yang pembangkang menanglah nii”.

Sehingga jadi buah mulut di kalangan ramai orang masa itu, inilah akibat mengundi parti yang tak jadi kerajaan.

Keadaan itu bagaimanapun mula berubah sejak Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diperkukuhkan bila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih.  Sehinggakan dah tak nampak beza antara kawasan yang BN kalah dengan yang BN menang, pembangunan mengikut keperluan masyarakat sana, dah takde lagi dah beza sokong atau tidak.



MRT sebagai contoh, kalau ikut laluan tu, 100% adalah memberi manfaat kepada kawasan yang dikuasai parti lawan.  Moral disitu, takde lagi “balas dendam” macam dulu.

Tapi rungutan beberapa pihak seperti Najib sendiri berkenaan bajet terbaru ini yang menyaksikan kelompok pekebun dan petani seakan disisihkan dan nampak melebihkan orang di bandar sahaja, seakan membuktikan bahawa kita sudah kembali kepada keadaan yang dinyatakan di awal tadi.

Padahal SST dan semua jenis cukai lain, semua orang pun bayar tapi bila peruntukkan ditentukan, ada pulak kelompok masyarakat sana tertinggal, sini tercicir.

Macam subsidi minyak inilah, dah tentu untungkan orang yang di bandar– walaupun tak “semurah” RM1.50/liter harganya.  Orang luar bandar bergerak jauh manalah sangat.  Begitu juga penarikan secara berperingkat peruntukan seperti BR1M, yang ruginya orang luar bandar berbanding orang bandar – tolak miskin bandar.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker