PRK Rantau: Pengundi Tempatan OK, Pengundi Luar….Hermmm..

Atas kertas, Tok Mat tidak ada masalah untuk menang dalam PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi.  Ikut pengundi setempat pun  rasanya tidak ada masalah untuk beliau mengekalkan kerusi yang telah disandang sejak 2004.  Mungkin ramai tak tahu, adik beliau, Datuk Ghani, adalah penyandang kerusi DUN yang sama dari 1999 sampai 2004.Maksudnya kat sini, “tapak” tu dah lama dah.

Ditambah dari populariti yang meningkat sesuai dengan kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dimenangi beliau Jun lepas mengalahkan beberapa calon yang lain, nampak macam tidak ada masalah untuk Tok Mat menang.

Tapi sistem di Malaysia ini kita tahulah, bukan semua kemenangan calon-calon dalam pilihanraya ditentukan oleh kiraan atas kertas atau pengundi setempat saja.

Ada juga faktor pengundi luar yang membuat keputusan bagi kawasan itu, bersama-sama pengundi tempatan.  Dikatakan dalam beberapa perbahasan berkaitan dengan PRU14 yang lepas, dalam banyak keputusan di peringkat DUN dan parlimen, faktor inilah yang menjadi penentuannya.

Maka itu pada pandangan kita, kerja keras dan persepakatan semua parti komponen dalam BN perlulah diperkukuhkan kalau nak tengok Tok Mat menang mudah.

Dalam masa yang sama, apa pun perbezaan dalaman, perlulah diketepikan – bercakap tentang UMNO bahagian Rembau yang diketuai beliau.  Sesiapa yang suka meroyan tu, rentikanlah, bantu parti untuk menang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *