Belum ada kata putus kerjasama BN-PH – Tok Mat

Belum ada kata putus kerjasama BN-PH – Tok Mat

REMBAU – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang perbincangan sama ada untuk bekerjasama atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bahkan menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, biarlah antara parti berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.



“Biar parti berbincang antara parti. Saya tak nak komen sebab parti belum berbincang apa- apa lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau di Dewan Agora, di sini, tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun meluahkan keyakinan untuk memenangi PRN sekiranya terdapat kerjasama dengan BN semalam.

Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ahli PH dan 16 BN daripada keseluruhan 36 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Semalam, Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN atau sebaliknya.



Menurut beliau, ia berikutan fokus gabungan itu ketika ini adalah untuk mewujudkan dan memperkasa keserasian bersama BN dalam menerajui Kerajaan Perpaduan.

Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan untuk membincangkan potensi kerjasama antara PH dan BN bagi tujuan demikian bergantung kepada kesesuaian serta keperluan bagi tujuan itu. K Online

Belum ada kata putus kerjasama BN-PH – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker