Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE

Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE

Saifuddin Nasution Ismail mencabar menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberikan bukti bagi menyokong tuduhan menteri besar sementara Kedah itu yang mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan seorang taikun Indonesia.

Menurut menteri dalam negeri itu, dia sebelum ini sudah menunjukkan bukti berupa surat yang menunjukkan wujud kaitan di antara Sanusi dengan seorang suspek dalam kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik, Kedah.



Justeru Sanusi juga wajar menunjukkan bukti bagi menguatkan dakwaan Pengarah Pilihan Raya PN itu yang Anwar membawa individu terbabit ke Kedah untuk memohon kebenaran melombong REE.

“Dia boleh tunjukkan bukti sama ada gambar atau surat permohonan… saya cabar Sanusi.

“Sama macam mana saya tunjuk hang (kamu) tulis surat kepada menteri dalam negeri (untuk mendapatkan pas lawatan pekerja China).

“Saya ada surat. Hang kenai (nama suspek)… Saya (juga) ada gambar,” katanya semasa berceramah di Sungai Petani, Kedah malam tadi.



Untuk rekod semasa Sanusi didakwa menulis surat berkenaan, menteri dalam negeri ketika itu ialah Hamzah Zainudin yang juga Setiausaha Agung Bersatu.

Kata Saifuddin selepas mengaitkan Anwar dengan ahli perniagaan Indonesia Sanusi juga perlu membuktikan dakwaan tersebut.

“Bila masa (taikun terbabit) ni minta? Bila masa Anwar bawa (taikun terbabit) berjumpa dengan hang Sanusi? Tolong bagitahu,” katanya lagi.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama kedua-dua individu terbabit sehingga mendapat komen mereka atau didakwa secara rasmi di mahkamah.



Saifuddin mendakwa menelefon sendiri Anwar sebelum ceramah malam tadi untuk bertanya mengenai dakwaan dibuat Sanusi, dan perdana menteri menganggap menteri besar sementara Kedah itu sebagai “merapu” saja.

Pelan jika jadi kerajaan

Menurut Saifuddin lagi Anwar dan hartawan dari Indonesia itu datang ke negeri berkenaan adalah untuk menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

“Mereka kembali selepas mengadap,” katanya.



Sementara itu Saifuddin memberitahu hadirin jika PH-BN berjaya mengalahkan PN selepas 12 Ogos ini kerajaan baru itu akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk menghasilkan garis panduan melombong REE.

Hasil daripada kegiatan tersebut, katanya, akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat Kedah.

“Dengan pendapatan itu kita tolong rakyat biasa, ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya, orang miskin.

“Anak-anak Kedah yang berjaya, kerajaan bagi bantuan pelajaran sehingga Kedah menjadi negeri yang hebat dari sumber manusia di kalangan rakyatnya,” kata Saifuddin.



Usaha membangunkan sumber REE di Malaysia bermula sekurang-kurangnya seawal 2021 ketika Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Ia menyaksikan pembentukan Majlis Mineral Negara (MMN) dan penerimaan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030.

MMN ditugaskan, antara lain, menghasilkan prosedur untuk mengeksploitasi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Mk

Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker