Pemimpin PN lawan raja terang-terangan – Anwar

Pemimpin PN lawan raja terang-terangan – Anwar

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim menyifatkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) gemar melawan Raja-raja Melayu berdasarkan kenyataan beberapa tokohnya.

Anwar berkata, terbaru Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menyentuh isu kalimah Allah meskipun perkara itu telah ditegah oleh Raja-raja Melayu.



Bahkan kata Anwar, Sultan Selangor yang mempengerusikan Majlis Kemajuan Islam (MKI) telah bertitah supaya isu kalimah Allah tidak dijadikan modal politik.

“Apa yang tukarnya, apa perubahan isu Allah dua tahun lepas dan sekarang, sama. Orang Melayu Islam boleh guna (kalimah) Allah orang bukan Islam tak boleh. Jadi apa salahnya, sebab kita tak saman di mahkamah.

“Dua hari sebelum berangkat ke London, Tuanku Sultan Selangor sebut lagi pada saya kita ada mesyuarat MKI hujung bulan Ogos kita akan perkemaskan lagi isu kalimah Allah dan pesan baginda jangan jadikan ini isu politik.

“Raja-raja Melayu pesan jangan jadikan kalimah Allah isu politik, kerana Raja-raja akan perkemaskan. Tapi apa Muhyiddin kata, mereka bangkitkan lagi isu kalimah Allah.



“Jadi mereka ini soal lawan raja terus terang, sebelum Sultan Selangor murka sebab seorang menteri besar singgung raja-raja,” katanya ketika berucap pada ceramah di Taman Tuanku Jaafar, di Seremban, malam ini.

Hadir sama Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Muhyiddin mempersoal kewajaran kerajaan tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes kalimah Allah dalam kes Jill Ireland.

Semasa ceramah di Kapar, Selangor, Ahad lalu, Muhyiddin mendakwa keputusan kerajaan menggugurkan rayuan kes Ireland pada Mei lalu membuktikan bahawa pentadbiran Anwar bersetuju dengan keputusan mahkamah bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.



“Anwar Ibrahim jadi perdana menteri buat keputusan supaya tidak rayu (kes itu), beza tak.

“Tapi Anwar sebagai perdana menteri, dia buat keputusan tak rayu, bila kata tidak rayu, maknanya terimalah keputusan mahkamah setakat itu, yang membolehkan orang-orang Kristian guna kalimah Allah,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, Anwar turut menyentuh tentang perbuatan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mempersenda institusi diraja serta tindakan penyokong PN yang mengolah video Sultan Perak untuk dikaitkan dengan sokongan politik.

Anwar berkata, Sanusi turut mendakwa Yang Di-Pertuan Agong tidak pernah bertitah supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk, manakala Muhyiddin dengan jelas menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disarankan baginda.



“Raja payung negara jangan libatkan mereka dalam kancah politik. Jangan kerana mulut.. jangan permainkan kedaulatan raja-raja. Ini menteri besar tu dia kata Agong tak kata pun kerajaan perpaduan,” kata Anwar lagi.

Sanusi dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang pada 18 Julai lalu atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan.

Pertuduhan itu susulan ucapan menteri besar Kedah itu di Selayang yang antara lain mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan pembentukan kerajaan perpaduan.

Dia juga membandingkan peranan sultan dalam pelantikan menteri besar di Kedah dan Selangor.



Mengikut kedua-dua pertuduhan, Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh. Mk

Pemimpin PN lawan raja terang-terangan – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker