Cukup-cukuplah salahkan Najib dan BN

Cukup-cukuplah ‘Salahkan Najib’, ‘Ini semua salah BN

Cukup-cukuplah menggunakan istilah ‘salah Najib’ dan ‘Ini semua salah BN (Barisan Nasional)’, sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam usaha membangunkan ekonomi negara.

Demikian harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap PH yang telah mentadbir negara ini selama 200 hari sejak menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

“Saya berharap kecenderungan kerajaan PH untuk salahkan Najib dan salahkan kerajaan BN tidak lagi menjadi pendekatan mereka.



“Sepatutnya seluruh perhatian dan tenaga mereka digunakan untuk selamatkan ekonomi negara, melindungi kepentingan rakyat dan menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar,” katanya dalam siaran langsung melalui laman Facebook beliau, hari ini.

Dalam video tersebut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, BN kini sebagai pembangkang akan terus memainkan peranan secara membina dan konstruktif.

“Kita tiada niat selain mengetegahkan pandangan dan buah fikiran agar dapat melihat amalan demokrasi Parlimen yang sihat demi untuk negara tercinta,” katanya.

Terdahulu, beliau menerangkan mengenai situasi ekonomi negara yang semakin meruncing bermula dengan kadar pertumbuhan yang lemah dan saiz ekonomi semakin menguncup.



“Semua bidang dan negara mengalami penurunan, pelancongan umpamanya, pelancong paling ramai dari China menguncup dengan besar iaitu 35 peratus dan menyebabkan kehilangan hasil pendapatan negara sebanyak RM13 bilion,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker