Bertekak Boleh, Tapi Tak Perlulah Cabar Mencabar

Rasa tak puas hati dari keputusan Pemuda agar Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berehat bagi memberi perhatian kepada 45 pertuduhan yang dihadapi beliau di Mahkamah, nampaknya masih belum reda.

Saya sendiri pun tak puas hati dengan keputusan yang dibuat, seolah Pemuda tidak melihat tempoh penggal Presiden yang hanya selama 3 tahun, sedangkan perjalanan semua kes tersebut boleh jadi bertahun-tahun.

Rekod negara kita melihat, satu pertuduhan liwat – sebagai contoh, itupun boleh makan masa sehingga 7 tahun untuk diselesaikan, ini pulak 45 pertuduhan, walaupun bukan kes liwat.

Tapi pada saya, cukuplah setakat kita menyuarakan rasa tidak puas hati tersebut, tak perlulah dipanjangkan sehingga ke tahap cabar mencabar termasuk mahu pemilihan pemuda diadakan semula.  Presiden pun dah buat keputusan tidak akan berehat demi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

Di depan kita ada lebih banyak cabaran yang nak dihadapi. Rakyat semakin muak dengan regim yang menipukan mereka untuk menang dalam pilihanraya yang lepas

Banyak lagi isu-isu membelenggu kehidupan rakyat yang boleh dihujahkan.

Sepertinya bila saya difahamkan harga gas masak baru saja naik dan hal yang seperti itu, semua ini bakal memberi impak kepada kehidupan rakyat – yang makan luar baik, yang masak dirumah baik. Semua perkara ini yang UMNO dan kepimpinannya perlu menghadapi, bukan berterusan bertelagah sesama sendiri.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker