Zaman Najib, Setiap Lawatan Rasmi Ke Luar Negara Pasti Untung, Tak Pernah Rugi

Bercakap tentang lawatan rasmi pemimpin ke luar negara ini, pasti ramai teringat zaman ketika Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri.

Pada ketika itu, bukan sahaja diakhir lawatan beliau pasti akan ada sidang media menjelaskan tentang kejayaan dari lawatan tersebut, malah setiap lawatan luar negara yang beliau adakan, pasti ada untung kepada rakyat.  Kita tidak ingat lawatan mana satu yang Najib pergi tapi “rugi”?

Dari segi perdagangan dan pelaburan masuknya baik, dari segi hubungan dua halanya baik.

Tak payah lihat jauh, rekod lawatan Najib ke negara seperti India, Sri Lanka, China dan Amerika Syarikat sepanjang 2017 sahaja, menghasil berbilion RM dalam bentuk pelaburan asing untuk negara.  Lawatan ke India sebagai contoh, menghasilkan sejumlah RM 36 billion dalam bentuk pelaburan melalui 31 MoU yang ditandatangani.



Najib nampaknya begitu mengambil kira setiap sen wang rakyat yang dikeluarkan untuk membiayai lawatannya ke luar negara, sebab itu setiap lawatan ke luar yang beliau lakukan, tidak pernah yang rakyat terasa rugi, pasti untung memanjang dan beliau mengadakan sidang media khas untuk menjelaskannya.

Gamaknya kalau lawatan tu takde direct profit kepada rakyat, Najib tidak akan pergi.

Semua kesimpulan ini (setiap lawatan rasmi Najib ke luar negara menguntungkan rakyat) diperolehi setelah melihat semula sidang media Najib di akhir lawatan tersebut.  Rasanya elok perkara itu diteruskan, ini duit rakyat yang kita cakapkan.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker