Selama Jadi PM, Tak Pernah Pulak Nampak “Iklan” Najib Keluar Di Saluran Berbayar

Saya adalah antara peminat tegar rangkaian dokumentari bertajuk NGC ini – rasa macam dah pernah sebut dalam tulisan yang dulu. Tak apalah, yang penting, walaupun berulang-ulang, tapi seronok menontonnya kerana banyak ilmu pengetahuan boleh diperolehi disitu.

Terutama sekali rancangan berkaitan diktator dimana saya belajar banyak tentang cara para diktator dulu hingga sekarang, mengekalkan kuasa mereka seperti penggunaan propaganda, doktrinisasi berterusan, pembohongan berulang-ulang dan seperti itu.

Begitupun, sepanjang yang saya ingat, selama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dulu, tak pernah rasanya iklan berkaitan beliau keluar semasa menonton rancangan dalam rangkaian kegemaran saya tersebut.

Tak pernah.

Padahal sepanjang 9 tahun itu, selalu jugak Najib memberikan perutusan beliau kepada rakyat pada hari-hari penting, tapi taklah sampai menganggu rakyat tengah berehat-rehat menonton rangkaian di gemari setelah penat bekerja; dengan iklan berkaitan beliau nak memberikan perutusannya.

Gamaknya Najib tahu bahawa di negara ini rakyat perlu membayar untuk melanggan rangkaian seperti NGC dan dengan itu beliau tidak mahu menganggu keselesaan rakyat dengan iklan berkaitan beliau muncul di tengah-tengah siaran berlangsung.

Lagipun, akibat fitnah dan hasutan berterusan dari pembangkang pada waktu berkenaan, bukan semua orang suka tengok muka beliau terpampang di tengah-tengah keseronokan menonton (rangkaian berbayar pulak tu) TV.

Samalah macam sekarang pun, BUKAN SEMUA ORANG SUKA.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker