Syukurlah, Rakyat Kalau Beli Kapal Terbang Tak Kena Bayar SST

MENURUT laporan sebuah portal berita dalam talian (pro keuntungan) semalam, antara barangan yang akan dikecuali dari dikenakan SST yang perlaksanaannya berkuatkuasa Ogos nanti, ialah kapal terbang dan kapal angkasa.  Ya Ogos, bukan September.  Dulu yang dimaksudkan 3 bulan GST 0% tu adalah dari 1 Jun sampai 31 Julai – 3 bulanlah tu, ikut kiraan uneducated person.

Syukur.

Tak pernah penulis jumpa kerajaan yang begitu prihatin seperti ini, padahalnya berapa banyak rugi tu bila pembelian kapal terbang dan kapal angkasa tak dikenakan cukai?

Bayangkanlah ya, kalau kapal terbang A380 tu harganya RM 1.5 billion sebuah, 10% SST dari RM 1.5 billion dah RM 150 juta, itu baru satu, kita ada 31 juta rakyat, kalau 100 orang beli pun dah berbillion kerajaan rugi dari pengecualian ini.  Belum cerita kapal angkasa dan kapal-kapal terbang lagi.

Muliakan?  Sanggup rugi demi rakyat.

Kita semua masih ingat, bila kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak dulu umum pembelian beberapa buah pesawat dari Boeing sekitar tahun lepas, dikecualikan dari GST, bukan main lagi para uneducated memekak, melolong, sekarang apsal diam?

Imiginasi Penulis: Gambaran laman belakang rumah rakyat Malaysia selepas pelaksanaan SST

Penulis tak pasti pulak (sebab tak dinyatakan dalam laporan sama) jika barangan keperluan seperti beras, gula, tepung dan sebagainya ni, akan dikecualikan dari SST atau tidak tapi yang nyata (merujuk kepada laporan tersebut), kapal terbang dan kapal angkasa tak kena cukailah.

Apa pun, inilah yang berlaku bila uneducated memilih, memang bodoh-bodoh pilihan sajalah yang dapat.  Umpama kalau diletak duit dan kacang untuk dipilih monyet, dah tentu monyet pilih kacang, pasal dah nama pun monyet yang memilih.

Hemat penulis, nasib kita rakyat sekarang lebih kurang macam itu.

Bercakap tentang barang-barang yang akan dicukaikan, sekalipun SST dikenakan kepada pengeluar atau pengilang saja, tapi kos itu tetap akan ditanggung pengguna.  Orang meniaga bodoh macam mana tak serap modal mereka (termasuk SST yang dibayar) dalam harga jualan kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *