Memang janji HARAPAN bukan kitab bible dan tidak terdapat dalam kitab bible.

oleh Kang Nasir

Orang munafik, fasik dan kufur tidak gentar pun dengan dosa-dosa kerana orang yang beriman dalam #TASAWUF melihat dosa walau sekecil-kecil dosa ibarat gunung yang runtuh menghempap mereka sedangkan orang munafik, fasik dan kufur melihat dosa ibarat lalat yang hinggap tang hidung.

Memang janji HARAPAN bukan kitab bible.
Tetapi janji HARAPAN persis janji syaitan ada diumpamakan dalam Quran. Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi PH berkata, manifesto bukannya kitab suci yang boleh dilaksanakan sepenuhnya. “Saya ingatkan manifesto bukan Bible, ia hanyalah panduan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/16/lantikan-speaker-manifesto-bukan-kitab-suci-hanya-panduan-kata-dr-m/

Sebab itulah sebelum ini admin menyeru. JIKA ANDA SAYANGKAN TUN, MINTALAH BELIAU HABISKAN SISA MASA DENGAN BERAMAL IBADAH DAN BERAMAL JARIAH dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1579923345397161.1073741900.465342536855253/1790225061033654/?type=3&source=48

PM cuma rujuk Bible jika beliau rujuk Quran tentu beliau tak tergamak mengajak melayu kufur ikut kafir. Dalam Al Quran syaitan menakut-nakutkan kita dengan kesusahan penderitaan dan menjanjikan pelbagai HARAPAN agar melayu kufur ikut kafir beramal amalan orang kafir dengan memfitnah mencaci mencela konon ada kereta mewah hidup menderita lalu ikut kufur meninggalkan amalan-amalan islam.

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”
(Al-Baqarah : ayat 268)

Disebabkan kekufuran syaitan itulah punca manusia kufur berlumba-lumba ikut iblis syaitan menghasut agar orang melayu ikut sama kufur sepertimana mereka.

Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata”.
(Al Isra : ayat 63-64)

Orang yang beriman sentiasa berwaspada dengan tipu daya iblis dan syaitan.
Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang Beriman, janganlah kamu menurut jejak Langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak Langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan Perkara yang Keji dan perbuatan yang Mungkar.”
(An-Nuur : ayat 21)

Allah beri amaran kepada kita agar tidak ikut mereka tetapi kerana menuruti nafsu akhirnya berjuta melayu kufur ikut kafir disebabkan janji HARAPAN SYAITAN.

Firman Allah swt: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Janji Allah (membalas amal kamu) adalah Benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh Kemewahan hidup di Dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar Penipu itu berpeluang menyebabkan kamu Terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).”

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia Musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak Golongannya supaya menjadi dari Penduduk Neraka. Orang-orang yang kafir, bagi mereka Azab yang berat; dan orang-orang yang Beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.”
(Al Faatir : ayat 5-7)

Anda nak tahu apa alasan syaitan setelah gagal menunaikan janjinya memberi kepuasan nafsu kalian sehingga kalian terhegeh-hegeh bangga kufur ikut syaitan?

“Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah Ibrahim : ayat 22)

Punca Melayu kufur ikut kafir kerana bertuhankan DUIT. Dan hanya orang yang benar-benar beriman kepada Allah saja yang tidak mudah diperdaya oleh mereka.

“Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu”. (Saba : ayat 21)

Kerana Allah tetapkan hati orang yang beriman dan menunjukkan jalan kebaikan untuk mereka.
“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?”
(Al Balad : ayat 10)

Iblis Syaitan juga tidak mampu menyesatkan hamba-hamba Allah yang Ikhlas. Oleh itu jadilah hamba Allah yang sejati, dunia dan akhirat.
Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)”.
(Al Isra : ayat 65)

Jom kita sama-sama kembali kepada islam kerana #IslamJalanPenyelesaian. Bersama berdoa mohon petunjuk Allah.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”
( Al ‘Imran: ayat 8 ).
Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *