PERCANGGAHAN ANTARA YB MENTERI KEWANGAN DAN YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN CUKAI SST

PERCANGGAHAN ANTARA YB MENTERI KEWANGAN DAN YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN CUKAI SST

DAN CUBAAN MENTERI KEWANGAN UNTUK KELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN SST DAN INDEX HARGA BARANGAN (CPI)

1. Kelmarin YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa SST adalah cukai yang dikenakan kepada pengilang di awal rantaian bekalan, oleh itu kononnya kesan cukai SST kepada pengguna adalah kurang daripada GST.

2. Sebelum itu pada hari yang sama di Parlimen, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pula berkata sebaliknya iaitu SST adalah cukai yang dikenakan di akhir rantaian bekalan kepada pengguna, dan katanya lagi oleh itu jika kita tidak beli barang kita tidak perlu bayar SST.

3. Kenyataan dua YB menteri kanan Kerajaan ini bercanggah antara satu sama lain. Yang mana satu yang betul? Adakah YB Menteri Kewangan keliru dengan saranan YAB Perdana Menteri atau sengaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan beliau? Mereka perlu jelaskan kerana mekanisme SST di kedua-dua cara tersebut memberi kesan yang berlainan.

4. Semalam YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng mengeluarkan satu lagi kenyataan media yang mengatakan bahawa SST merangkumi 38% bakul barangan dalam index harga barangan (CPI) berbanding GST yang merangkumi 60% index harga barangan. Ini adalah satu kenyataan yang tidak tepat, “half-truth” dan cubaan untuk mengelirukan rakyat (rujuk klip video).

5. Saya ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan terutamanya YB Menteri Kewangan supaya berhenti mengelirukan rakyat dan berdolak dalih berkenaan cukai SST ini dan menerima hakikat bahawa cukai SST 10% akan meningkatkan harga barangan dengan lebih tinggi daripada GST 6%. Saya menggesa Kerajaan untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan cukai jualan sehingga 10% ini.

ISHAM JALIL
Presiden, SUKARELAWAN MALAYSIA
Pengerusi, OVERSEER & OMBUDSMAN GROUP MALAYSIA
20 Julai 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *