Gelombang haba melanda Jeli, Gua Musang dan Temerloh

Seorang pekerja binaan meminum air ketika cuaca panas terik akibat gelombang haba di Seville pada 13 Jun lalu. – AFP

Kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh, di Pahang masing-masing merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat jam 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kemas kini status cuaca panas di laman Facebook turut memaklumkan terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Kawasan berkenaan ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Tampin dan Jelebu (Negeri Sembilan), Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong (Pahang), Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut dan Dungun (Terengganu).

Sementara di Sarawak membabitkan Mukah dan Limbang, di Sabah membabitkan Tuaran dan Tenom.



Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan keadaan cuaca panas dan kering dijangka beransur pulih menjelang pertengahan bulan ini apabila negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun bermula 29 Mac dan berterusan hingga Mei.

Dalam tempoh ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker