Lim Kit Siang Benar-benar Bersara Atau “Bersara” Tipu-tipu?

Oleh Nurul Aisyah

KALAU tidak menipu itu bukan DAP namanya, antara reaksi yang diterima dari rakyat Malaysia apabila Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak bersara daripada daripada politik sepenuhnya. Kononnya beliau hanya bersara daripada politik kompetitif.

Bersara separuh-separuh ini hanya wujud dalam parti DAP. Ianya sekadar “menghalalkan” tindakan tidak beretika mereka.



Pada 20 Mac 2022, ketika Lim Kit Siang menyampaikan ucapan dalam Kongres Ke-17 DAP, beliau mengumumkan persaraannya selepas 56 tahun berkecimpung dalam politik. Beliau yang berusia 81 tahun itu menegaskan kononnya tidak akan bertanding merebut kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan juga Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kini Lim Kit Siang menegaskan yang beliau tidak akan bersara daripada politik sepenuhnya pula dengan menggunakan alasan kononnya politik berkisar dalam setiap aspek kehidupan seharian rakyat.

Ramai rakyat Malaysia berpendapat adalah lebih baik Lim Kit Siang menarik balik persaraan beliau daripada memutarbelitkan istilah bersara itu sendiri.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan Kit Siang yang dilihat masih membuat kenyataan berkaitan Najib secara konsisten dan berterusan meskipun Kit Siang telah mengumumkan bersara daripada politik.



Dalam hantaran tersebut, Najib sekali lagi mencabar Kit Siang untuk berdebat dengannya.

“Kononya dah bersara tapi tiap-tiap hari ratib Najib, Najib, Najib, Malaysia bakal gagal dan menghasut dan menipu rakyat. Pilihan raya di Filipina pun dia mahu kaitkan dengan saya. Sekiranya bukan bersara, mahu debat?

“Hari itu saya debat Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris. On?” tanya Najib.

Hari ini pula, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa media arus perdana tidak mengendahkan berita kemenangannya di mahkamah terhadap bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.



Menurut Lim, sebelum Mei 2018 laporan mengenainya terpampang di dada akhbar namun kini dia kembali diabaikan selepas kejatuhan PH pada Februari 2020.

Ini bermakna Lim Kit Siang masih lagi dahagakan publisiti.

Pengumuman persaraan Lim Kit Siang dilihat hanya propaganda menipu rakyat semata-mata. Beliau masih sangat aktif dalam politik DAP.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker