Muafakat Nasional: PAS tetap berpusing-pusing

PASIR GUDANG: UMNO me­negaskan sukar untuk membuat keputusan berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) ketika ini kerana Pas dilihat tidak tetap pendirian.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti itu sebalik­nya mengeluarkan kenyataan ‘berpusing-pusing’ berhubung kerjasama yang terjalin antara kedua-duanya.

Menurut beliau, UMNO ha­nya akan memberikan kata putus berhubung kerjasama ber­kenaan apabila tiba masa yang dirasakan sesuai kelak.



“Mengenai MN saya sudah malas hendak komen, kenyataan Pas berpusing-pusing jadi saya tidak mahu komen. Biarlah dia nak cakap apa kita dengar dan lihat sahaja, sampai masa nanti kita buat keputusan,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang di sini semalam.

Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membidas kenyataan UMNO bahawa MN kini sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ sebaliknya golongan yang menolak dan mahu menguburkan kerjasama itu yang berada di hujung nyawa.

Sementara itu, Mohamed Khaled menegaskan, tidak pernah berlaku penolakan UMNO terhadap pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kita beri sokongan penuh kerana apa yang penting adalah kerajaan negeri sedia ada melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan itu memerlukan sokongan akar umbi,” katanya.



Dalam pada itu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dan UMNO mampu menarik kembali sokongan rakyat dan mengekalkan momentum kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Apa yang penting adalah sebuah kerajaan yang dapat berkhidmat dan menyelesaikan semua permasalahan dihadapi rakyat. Kita yakin untuk kekalkan momentum, namun perkara itu bergantung pada prestasi kerajaan negeri dan Pusat,” ujarnya.

Katanya, Onn Hafiz juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mengurus dan mengekalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu sehingga PRU-15.- UTUSAN

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker