Pembedahan otak secara sedar pertama berjaya dilakukan di HTAA Kuantan

Pembedahan otak secara sedar pertama berjaya dilakukan di HTAA Kuantan

KUANTAN: Jabatan Neurosurgeri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini berjaya melakukan pembedahan secara sedar (awake surgery) bagi mengeluarkan ketumbuhan di otak pesakit wanita, kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata pembedahan itu adalah yang pertama seumpamanya dijalankan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pantai Timur.



Katanya, pesakit berusia 38 tahun itu menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma.

“Pembedahan secara sedar atau Awake surgery mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kaedah konvensional.

“Ia adalah pembedahan yang selamat dan berkesan bagi pesakit dengan ketumbuhan yang kompleks dan berdekatan dengan kawasan kritikal di otak.

“Pembedahan dengan menggunakan kaedah ini berjaya menyediakan pakar neurosurgeri dan kakitangannya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan prosedur awake surgery dengan selamat dan berkesan pada masa yang akan datang.



“Pakar bedah dapat melakukan pemetaan lokasi tumor dengan tepat dan meminimakan disfungsi saraf pasca pembedahan.

“Ia juga boleh mengurangkan sawan, masa lebih singkat di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan pemantauan invasif pasca pembedahan.

“Malah, selepas pembedahan, kesakitan pesakit melalui prosedur ini juga amat kurang berbanding pembiusan penuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, JKN Pahang berbangga dengan pencapaian pembedahan yang berlangsung selama lima jam itu.



“Semoga lebih ramai lagi pesakit di Pahang khasnya mendapat manfaat dari rawatan ini selari dengan kemajuan teknologi semasa,” katanya. BH

Pembedahan otak secara sedar pertama berjaya dilakukan di HTAA Kuantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker