Lelaki tunjuk kemaluan di tempat awam ditahan

Lelaki tunjuk kemaluan di tempat awam ditahan

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menunjukkan kemaluan terhadap seorang wanita di parkir kenderaan sehingga video perbuatannya itu tular di media sosial.

Tangkapan ke atas lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an berkenaan dilakukan di sebuah premis di Jalan Aston, jam 3.30 petang semalam.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner, Tan Cheng San, berkata penahanan suspek dibuat ekoran polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Mangsa (pemandu wanita) tampil membuat laporan polis susulan insiden menimpanya.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam (pagi ini) untuk mendapatkan perintah reman sekali gus membolehkan siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.



Kelmarin, media melaporkan polis mengesan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di parkir di sebuah restoran makanan segera di Alma, di sini.

Ia selepas polis terkesan dengan satu video tular di media sosial berhubung insiden itu yang dimuat naik di Twitter ‘MalaysiaVirall’.

Dalam video itu memaparkan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran palsu menghampiri sebuah kereta dipandu seorang wanita warga tempatan.

Lelaki terbabit kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah wanita terbabit sebelum beredar. BH



Lelaki tunjuk kemaluan di tempat awam ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker