Tiba masa PAS akan ‘tikam Bersatu’

Tiba masa PAS akan ‘tikam Bersatu’

Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh Umno “makan kawan” hanya membuka pekung PAS yang selama ini tamak ingin “dominan” dalam setiap gabungan disertainya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata PAS sebenarnya yang suka menikam “kawan dari belakang” seperti mana yang dilakukan kepada Semangat 46, DAP, dan Pakatan Rakyat.



“Sebab itu PAS ada trek rekod buruk bila bekerjasama. Mereka boleh tinggalkan Semangat 46, DAP dan Pakatan Rakyat.

“Bila tertubuh Muafakat Nasional PAS main dua lawang. Mereka tandatangan piagam Muafakat Nasional dengan Umno. Dalam masa sama mereka menyertai PN. Maka siapa tikam siapa?” katanya.

Puad ketika mengulas lanjut, berkata dakwaan Umno “makan kawan” dibuat timbalan presiden PAS itu juga tidak tepat.

“Kenapa bagi contoh pertukaran kerajaan di Perak tetapi tidak sentuh Kedah. Sebabnya di Kedah, PAS dapat jawatan MB. Di Perak, PAS juga terbabit untuk jatuhkan Peja (Ahmad Faizal Azumu) cuma mereka gagal dapat jawatan MB,” katanya.



Katanya, kesanggupan PAS bersekongkol dengan Bersatu dipimpin Muhyiddin Yassin bagaikan “pucuk dicita ulam mendatang”.

“PAS sanggup bersekongkol dengan Muhyiddin. PAS tidak rugi apa apa…jika Muhyiddin berjaya membunuh Umno. PAS akan menjadi parti Melayu tunggal,” katanya.

Katanya, justeru, PAS merupakan parti yang tidak boleh dijadikan kawan dan akan sampai masanya parti itu akan menikam Bersatu.

Semalam, dalam ceramah di Lenggeng, Negeri Sembilan, Tuan Ibrahim memberi amaran Umno akan mengkhianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa.



Beliau memberi contoh Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin ketika menjadi perdana menteri dan Faizal sebagai menteri besar Perak. FMT

Tiba masa PAS akan ‘tikam Bersatu’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker