Azmin puji penyokong berani tentang pimpinan PKR

Mohamed Azmin Ali memuji para penyokongnya dalam Pemuda PKR kerana berani menentang keputusan pimpinan parti, apabila mereka bertegas mahu beliau merasmikan kongres nasional sayap itu pada 6 Dis itu.

Timbalan presiden PKR memuji keberanian mereka bersuara “demi kepentingan parti”, dan menyeru semua pihak menghormati pendirian itu kerana mereka mewakili suara majoriti dalam Pemuda.

“Sudah tentu kita perlu hormati suara majoriti kerana itulah demokrasi dalam parti yang kita praktikkan sekian lama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini.

Malam tadi, Timbalan Ketua Pemuda, Hilman Idham bertegas mahu Azmin merasmikan kongres sayap itu tahun ini, selepas undangan kepada orang nombor dua parti itu dibatalkan majlis pimpinan Pemuda pada 20 Okt lalu.



Selepas mesyuarat bersama sekumpulan pemimpin Pemuda malam tadi, Hilman berkata keputusan itu disokong oleh 132 daripada 196 ketua Pemuda PKR bahagian seluruh negara.

“Sebagai timbalan presiden sudah tentu saya akan pertimbangkan keputusan Pemuda itu secara serius,” kata Azmin hari ini.

Ketua Pemuda, Akmal Nasir bagaimanapun mengesahkan keputusan timbalannya tidak sah, mengatakan mesyuarat itu tidak mengikut prosedur dan peraturan parti.

Ketua Pemuda, Akmal Nasir bagaimanapun mengesahkan keputusan timbalannya tidak sah, mengatakan mesyuarat itu tidak mengikut prosedur dan peraturan parti.



Mengulas keputusan PKR Sarawak membatalkan konvensyen Sabtu ini ekoran isu perasmi kongres, Azmin berkata itu keputusan bersama pimpinan negeri, bukan keputusan Pengerusi Baru Bian seorang.

Beliau berkata ia diputuskan demikian kerana perkembangan terkini dalam parti.

“Mereka mahu pucuk pimpinan di peringkat nasional serius memikirkan cadangan itu bagi memastikan perpaduan parti diberi keutamaan,” katanya.

Pada 15 Nov lalu, PKR Sarawak mengumumkan ia akan membatalkan konvensyen negeri selepas membidas Pemuda berhubung isu pembatalan undangan kepada Azmin sebagai perasmi kongres.



Semalam, Baru menegaskan mereka kekal dengan pendirian itu.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker