Umar pecah dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam

Umar pecah dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam

Umar Usman terus melakar sensasi apabila memecah rekod 400 meter (m) kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh 24 jam.

Atlet berusia 20 tahun itu mencatat kepantasan 46.09 saat (s) pada separuh akhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China, sebentar tadi.



Umar memadam catatan 46.33s yang dilakukan di peringkat saringan semalam.

Ini rekod kebangsaan ketiga yang dicatat atlet kelahiran Johor itu dalam tempoh tiga bulan.

Pada Sukan SEA di Phnom Penh, Mei lalu, dia mencatat masa 46.34s untuk memecah rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Zaiful Zainal Abidin iaitu 46.41s.

Umar menamatkan saringan ketiga separuh akhir hari ini di tempat ketiga di belakang atlet Australia, Reece Nathaniel Holder (45.75s) dan Kenki Imaizumi dari Jepun (46.01s).



Kejayaan itu melayakkan Umar beraksi dalam perlumbaan akhir esok. Utusan

Umar pecah dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker