Saiful Reza, Shaharudin pengarah bersama filem Pendekar Awang prekuel Mat Kilau

PUTRAJAYA: Saiful Reza A Shukor dan Shaharudin Mat Dali diumum pengganti pengarah asal filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, iaitu Areel Abu Bakar yang digugurkan daripada kerja pembikinan filem terbabit, sebelum ini.

Selain mengarah, Shaharudin turut bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu

Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali yakin pemilihan dua pengarah itu mampu memberi nilai tambah kepada filem kedua terbitan syarikat produksinya.



“Selepas melihat plot awal, kami rasa ada yang perlu diperbaiki. Ada sudut yang mungkin boleh menjejaskan produk akhir filem ini.

“Jadi, disebabkan itu, kami ubah dan menukar pengarah seperti yang kami lakukan sekarang. Sebagai penerbit, saya fikir filem ini perlu ditambah baik. Itu sahaja, ia bukanlah masalah besar.

“Cuma di luar sana sahaja yang anggap pertukaran pengarah ini sebagai suatu isu besar,” katanya ditemui pada majlis tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di sini, hari ini.

Mengenai nasib 90 peratus daripada rakaman penggambaran yang dikatakan disiapkan Areel sebelum digugurkan, Abdul Rahman berkata. tiada rombakan dibuat.



Sebaliknya, Abdul Rahman berkata, pihaknya hanya menggunakan 35 peratus hasil kerja Areel berikutan durasi asal yang terlalu panjang.

“Visual yang disiapkan Areel dalam durasi tiga jam hingga empat jam. Kami hanya gunakan lebih kurang 30 peratus hingga 35 peratus selepas disunting.

“Sebahagian besar hasil akhir filem ini adalah sumbangan Shaharudin dan Saiful Reza,” katanya.

Sebelum ini, filem bergenre aksi itu mencetuskan kontroversi apabila Areel mendakwa dirinya digugurkan tanpa mengetahui punca sebenar.



Malah, Areel mendakwa tiada perbincangan secara terperinci dengan syarikat produksi selepas khidmatnya ditamatkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker