Wayne Rooney sah dipecat!

LONDON: Wayne Rooney berkata dia “perlu mengambil sedikit masa bagi mengharunginya” selepas dipecat daripada jawatan pengurus pasukan Liga Kejuaraan, Birmingham City hari ini selepas melalui tempoh yang teruk.

Bekas bintang Manchester United dan England berusia 38 tahun itu dilantik pada Oktober tetapi hanya menyaksikan dua kemenangan dalam 15 perlawanan diharungi dengan kekalahan 3-0 berdepan Leeds semalam menjadi kekalahan kesembilan yang juga terakhir buatnya.

Birmingham – dengan legenda NFL, Tom Brady sebagai pemegang saham minoriti – bertarung mengelak penyingkiran dan kini berkedudukan ke-20 daripada keenam sejak Rooney mengambil alih.



“Walaupun usaha terbaik dilakukan, keputusan tidak seperti dimahukan,” kata kenyataan kelab itu.

“Justeru majlis kelab merasakan perlunya perubahan dalam pengurusan untuk kebaikan semua di kelab ini.”

Rooney sebelum ini menggantikan John Eustace.

“Bola sepak ialah satu perniagaan – dan saya sedar mereka tidak berada di tahap yang saya mahu mereka berada,” kata Rooney.



“Bagaimanapun masa ialah komoditi yang amat diperlukan sebagai pengurus dan saya tidak percaya 13 minggu mencukupi untuk membuat perubahan yang diperlukan.

“Secara peribadi saya perlukan sedikit masa untuk mengharungi semua perkara ini.” – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker