Aset Petronas dirampas: Apa itu notis Saisie-arret

Aset Petronas dirampas: Apa itu notis Saisie-arret

Ramai tertanya-tanya maksud sebenar ‘Saisie-arret’ seperti dalam kenyataan Petronas ekoran isu melanda dua syarikat milik syarikat petroleum itu yang dikaitkan dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu.

‘Saisie-arret’ bermaksud tindakan rampasan bagi mendapatkan jumlah penghakiman/keputusan (award) timbang tara yang diperoleh.



Semalam Petronas mengesahkan mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai lalu.

Ia ekoran laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan.

“Hasil daripada pelupusan ini telahpun dipulangkan (repatriated) dengan sewajarnya.



“Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan kami daripada segi undang-undang dalam hal ini,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Dilaporkan waris Kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) dari Malaysia dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas yang diperbadankan di Luxemborg.

Berdasarkan laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Menurut pasukan peguam, kedua-dua anak syarikat itu dirampas oleh bailif di Luxemborg yang mewakili waris Sulu berkenaan.



Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II menuntut jumlah tinggi sebagai pampasan dari Malaysia susulan daripada proses timbang tara.

Proses itu dimulakan sebagai tindak balas terhadap Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak terlibat dalam proses tersebut yang berlangsung di Perancis dengan alasan, pertikaian antara negara itu dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial.

Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak tertakluk dalam proses timbang tara berkenaan.



Namun, peguam waris Sulu berhujah, Malaysia merupakan penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York).

Sehubungan itu, anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan jika jumlah yang dituntut tidak dibayar. Utusan

Aset Petronas dirampas: Apa itu notis Saisie-arret


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker