Mahfuz kesiankan Sanusi sentiasa ‘khayal’ mahu tumbangkan kerajaan

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Datuk Mahfuz Omar.

ALOR SETAR: Pimpinan Perikatan Nasional (PN) diminta agar tidak bermain polemik untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong mereka

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata keadaan itu hanya boleh mencetuskan ketidakstabilan politik, seterusnya boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara.

Beliau melihat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus memainkan polemik sedemikian untuk terus membina keyakinan rakyat bahawa kerajaan Persekutuan akan berubah walaupun penegasan bertentangan dibuat pelbagai parti dan gabungan yang membentuk kerajaan.

“Dia tahu ada kenyataan oleh pelbagai pihak seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Sarawak, UMNO bahawa tak mungkin akan berlaku. Terpulang pada dia nak seronok, khayal untuk terus memainkan isu ini bagi sedapkan hati penyokong,” katanya ketika dihubungi.



Rabu lalu, Muhammad Sanusi mengesahkan wujud rancangan oleh PN untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan yang didakwanya menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Penjelasan itu dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya PN merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkenaan ketika gerakan dinamakan Langkah Dubai dan kemudian Langkah Chow Kit yang dikaitkan dengan usaha mengambil alih Putrajaya, kecoh diperkatakan.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang dan beberapa pemimpin daripada blok kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah menyifatkan kenyataan Muhammad Sanusi yang mengganggu gugat kerajaan sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya melihat kepentingan politik, bukannya kepentingan ekonomi.



“Nasihat saya kepada dia, hentikan main politik macam ni, lebih baik fokus bangunkan negeri, majukan ekonomi negeri, tingkatkan pendapatan rakyat. Patutnya tahun ini, semua ahli politik kukuhkan perpaduan untuk pacu pembangunan negara,” katanya.

Sebagai Menteri Besar, katanya, Muhammad Sanusi harus tahu batasan dalam bermain politik.

“Mungkin dia hanya fikir nak selamatkan jawatan dia sebagai Menteri Besar untuk Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, tapi itu lambat lagi, tunggulah 2026 atau 2027,” katanya.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker