Annuar Musa melenting dengan Guan Eng

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng tidak layak menjadi hakim kepada keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi kerana ia ditentukan oleh rakyat.

Pengerusinya, Annuar Musa berkata, hanya rakyat yang berhak mengadili sama ada pasukan diketuainya itu gagal atau tidak kerana rakyatlah yang menerima manfaat daripada penubuhannya.

“Saya ingin menjelaskan keputusan menaikkan OPR oleh Monetary Policy Committee (MPC) BNM (Bank Negara Malaysia) bukan semata-mata kerana inflasi tetapi mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang semakin kukuh yang disokong oleh penggunaan swasta dengan pertumbuhan KDNK (keluaran dalam negara kasar) suku kedua 2022 yang dicatat pada 8.9%.



“Sepertimana dinyatakan dalam kenyataan MPC, peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula ekonomi berhasil merancakkan pemulihan ekonomi Malaysia dengan penggunaan swasta mencatat pertumbuhan 18.3% bagi suku kedua 2022 dan kadar pengangguran menurun kepada 3.7%.

“Berikutan pencapaian makroekonomi ini, BNM menetapkan kenaikan OPR secara berperingkat sebanyak tiga kali sejak Mei dengan kadar kenaikan 25 mata asas pada setiap mesyuarat MPC, menjadikan kenaikan sejumlah 75 mata asas setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Annuar berkata, pemulihan ekonomi berkenaan mendorong BNM untuk normalisasi semula OPR yang diturunkan sebanyak 125 mata asas daripada 3% kepada 1.75% semasa wabak Covid-19 melanda dengan tujuan menyokong pemulihan ekonomi yang terjejas terus sepanjang dua tahun lalu.

Katanya, Lim sebagai bekas menteri kewangan sepatutnya lebih arif tentang tugas dan peranan BNM sebagai pembuat dasar monetari yang bebas membuat dasar tanpa campur tangan langsung kerajaan.



“Untuk mengatakan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak relevan dan tidak berkesan kerana alasan BNM menaikkan OPR adalah terpesong sama sekali,” katanya.

Terdahulu hari ini, Lim menggesa perdana menteri membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang disifatkannya sebagai “tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan” selepas kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

Memetik kenyataan Bank Negara (BNM), kenaikan OPR disebabkan tekanan inflasi, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara ini pada dasarnya menafikan dakwaan Annuar bahawa inflasi dalam keadaan terkawal.

Sementara itu, Annuar berkata, pasukan khas berkenaan diberikan tanggungjawab mengawal inflasi mempunyai tugas yang lebih spesifik berbanding tugas BNM yang lebih kepada pengurusan monetari yang menumpukan ekonomi makro negara.



Menerusi pasukan khas itu katanya, barangan yang naik harga secara mendadak yang memberi kesan kepada rakyat diberi tumpuan melalui kajian, siasatan, libat urus dan dasar yang melibatkan rantaian bekalan dengan pemegang taruh seperti pengilang, pemborong dan peruncit.

“Contohnya seperti harga ayam, telur dan minyak masak yang naik mendadak sejak tahun lepas atas sebab beberapa faktor yang kini sudah stabil malah mengalami penurunan dengan pelaksanaan beberapa intervensi dasar seperti harga maksimum dan penguatkuasaan yang lebih ketat.

“Pada masa yang sama pasukan khas ini juga menumpukan kepada usaha mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup kepada golongan sasar seperti kumpulan B40 dan mahasiswa dengan penganjuran program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diperluaskan di seluruh negara termasuk 21 program JMKM di kampus universiti awam dan juga penglibatan koperasi dalam rantaian bekalan dalam usaha memerangi orang tengah yang mengambil untung berlebihan,” katanya.

Tambah beliau, peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai menteri kabinet berkaitan adalah untuk melengkapi kerajaan sebagai pembuat dasar fiskal dan juga BNM sebagai pembuat dasar monetari.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker