Mael XPDC meninggal dunia

KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).

Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: “Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Pada masa sama, berita itu juga dikongsik menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus kumpulan terbabit, Bro Yazid.



“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca dripada penyakit asma kronik.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.



Band heavy metal terkemuka tanah air itu, berdasarkan perancangan, mahu menjayakan persembahan dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei nanti, bersempena dengan penganjuran Sound Valley Festival 2023.

Bro Yazid dalam sidang media ketika itu memberitahu, kesihatan Mael dilihat berada dalam keadaan baik, malah XPDC juga telah mengadakan beberapa persembahan dan konsert sejak awal tahun 2023 tanpa sebarang masalah.

Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit. Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah



Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker