Jemput Haqiem Stopa ceramah, KPM siasat sekolah

Jemput Haqiem Stopa ceramah, KPM siasat sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat tindakan sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur memanggil pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa sebagai penceramah dalam program mereka.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana perlu meneliti dari segi konteks mengapa Haqiem dipanggil.



“Saya dapat maklumat berkaitan ini semalam. Jadi masih melihat apakah konteks jemputan tersebut.

“Saya belum menerima maklumat mendalam berkaitan perkara ini. Bagi saya lihat dulu, dan pihak KPM akan siasat,” katanya dalam sidang media Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi di Bukit Kiara.

Selasa lalu tular di laman media sosial video memaparkan kehadiran Haqiem Stopa ke sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk berkongsi kisah hidupnya bersama pelajar.

Video itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang mempersoalkan tindakan pengurusan sekolah menjemput individu lebih dikenali dengan personaliti “mat rempit” itu .



Dalam perkembangan lain, Radzi turut mengulas isu tular di media sosial mengenai dakwaan kertas peperiksaan 15 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dibatalkan kerana kesalahan membawa telefon bimbit secara tidak sengaja ke dewan peperiksaan.

Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Lembaga Peperiksaan untuk membuat keputusan sekiranya mereka mengikut protokol ditetapkan.

“Ini berkaitan keputusan Lembaga Peperiksaan. Lembaga Peperiksaan satu badan bebas, maknanya saya sendiri menghormati protokol Lembaga Peperiksaan berkenaan mengenai perkara dilaksanakan.

“Sekiranya perkara dilaksanakan memenuhi protokol ditetapkan, maka (KPM) menghormati keputusan dibuat Lembaga Peperiksaan,” katanya. FMT



Jemput Haqiem Stopa ceramah, KPM siasat sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker