Angka korban Taufan Hinnamnor meningkat kepada 10

Seorang lelaki berjalan di sepanjang jalan tepi laut yang rosak di Ulsan, semalam. – AFP

SEOUL – Angka korban Taufan Hinnamnor di Korea Selatan meningkat kepada 10 orang, kata pihak berkuasa, selepas ribut membadai pantai selatan negara itu yang disertai dengan ombak besar dan hujan lebat minggu ini

Taufan tersebut, yang merupakan antara terkuat melanda negara itu dalam beberapa dekad, membanjiri jalan-jalan dan bangunan-bangunan sepanjang Isnin dan Selasa.

Di bandar pelabuhan tenggara, Pohang, yang merupakan satu daripada kawasan terjejas teruk, tujuh mayat dan dua mangsa terselamat ditarik keluar dari sebuah lot parkir bawah tanah di sebuah kompleks apartmen, kata Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Kesemua mangsa terperangkap selepas dilaporkan cuba mengalihkan kenderaan mereka di lot parkir, kata beberapa laporan media tempatan.



Kerja-kerja mencari dan menyelamat disambung hari ini dan pihak berkuasa berkata, dua orang masih hilang.

Sementara itu, satu lagi kematian lain disahkan di Pohang hari ini, selain satu lagi di Gyeongju, di mana mangsa terbunuh apabila sebuah rumah tertimbus di sebalik tanah runtuh.

Semalam, satu kematian dilaporkan di Pohang selepas seorang warga emas dihanyutkan air banjir.

Taufan Hinnamnor telah memaksa lebih 4,700 orang meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan selain kira-kira 12,000 rumah dan bangunan musnah.



Hampir 90,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di seluruh negara akibat ribut, namun kebanyakannya berjaya dipulihkan awal hari ini, kata pihak berkuasa. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker